Showing posts with label My Favourites. Show all posts
Showing posts with label My Favourites. Show all posts

Wednesday, January 4, 2012

Cuppies for makan-makan




Cuppies ni saja dibuat utk makan-makan. Dibawa sebagai ole-ole untuk kakakku dan adik iparku.

Sunday, November 27, 2011

Talam Ubi Keladi




Haa..setelah lama dok teringin nak buat kuih ni...akhirnya..menjadi jugak..alhamdulillah. Memang minat pun dgn kuih ni..selalu dok beli atau oda saja..kali ni berjaya gak buat sendiri. Yihaaa..!!!

Lemon Cuppies lagi..





Salam..lemon cuppies lagi..tapi kali ni untuk my old friend Salina..yg baru pindah rumah baru..dia jemput ke rumah ada makan-makan skit..so kita pun bawa ole-ole utk Leen and kids.

Tuesday, September 6, 2011

Sambutan Bday/ Raya & Merdeka






Untuk Raya kali ni, 30/08/2011, Bday Aqilah Najwa, 31/08/2011, Bday Fatin Adana; merdeka babyku, 04/09/2011 Bday Alisya Nadzeera dan 05/09/2011 Bday Dzarul Naqees. So buat 1 kek khas utk Nana, 1 utk Taman Uda dan 1 lagi khas utk Taman Sopiah sempena raya.

Tuesday, May 10, 2011

Mini pie daging dengan mashed potato.





Yang ini menu tengahari last weekend. Spaghetti, Pie, mashed potato, salad udang celeri.Rasa macam makan kat Canberra la pulak:-)

Nasi Tomato & Lauk Pauk



Kali ni foto nasi tomato & lauk pauk yg dimasak oleh chef Yen, dengan tunjuk ajar oleh Chef Anisla..hehe. Yen ni minat masak so ada ja masa terluang, dia nak masuk dapur tolong mama. Menu kali ni Nasi Tomato, Daging Goreng Kicap, Ayam Goreng Rempah serta Sambal.

Red Velvet Cake




Haaa yg ini bukan hasil tangan kita. Kali ni kita lak yg meng"order" dari ex schoolmate kita masa kat MRSM Beseri dulu, Puan Suhaili kita yg jugak owner "Boraque Cafe" yg beroperasi di area Danau Kota. Teringin sgt nak rasa kek ni semenjak dua menjak tengok kek ni kat facebook Eli. Memandangkan rumah adik iparku Ude tak jauh dari cafe tu..one of the weekends tu kita try luck sms che puan kita..I was so lucky that she had time and willing to make one for me. Apa lagi..terus ja petang tu gi amik kat cafe dia. Makan bersama family kat rumah Ude.Yummy sungguh kek ni..boleh order lagik. nak try buat sendiri one fine day..tapi tak tahu bila.

Monday, April 4, 2011

Bread & butter Pudding



Kuih ni ramai yg suka..sekali buat..kejap ja abis..pastu ada permintaan untuk buat lagi. Ok resepinya: Telur 2 biji, sedikit butter, 1 cawan susu cair/ segar, 4 sudu besar gula,sedikit garam dan vanilla essence. Semua Blend, 5 keping roti disapu butter, dipotong/gunting kecil, atur dalam bekas. Tuang adunan yg diblend ke dalam bekas. Tabur sedikit brown sugar dan kismis sebelum dimasukkan ke dalam oven. Bakar dlm 30 minit.

Monday, March 14, 2011

Ayam goreng berempah, Udang masak lada hitam dan Air Asam Tomato



Menu ni untuk lunch on last weekend..ayam tu kita marinate dgn serbuk kunyit, garam, serbuk kari , tepung dan biji ketumbar yg ditumbuk kasar. Pastu goreng sampai garing. Udang pulak dimasak bersama bawang besar, serbuk lada hitam, kicap dan sedikit tepung untuk memekatkan kuah. Air asam tomato pulak kita start dgn tumbuk cili merah, cili padi bersama sedikit belacan, masuk sedikit garam, gula dan perahan asam limau, pastu hiris bawang besar dan cili. Tiga serangkai ni dimakan pula bersama nasi minyak simple gitu. Untuk nasinya pula kita tumis bawang putih dan merah yg dimayang halus dengan sedikit butter dan minyak. kalau ada ghee lagi sedap. Pastu masuk susu cair/pekat ikut rasa. Campur air dan garam. Campur dalam beras yg telah dibersihkan. Masak la seperti biasa. Akhirnya..jamu selera bersama family tersayang.:-)

Nasi Goreng Kampung



Nasi Goreng Kampung ni untuk sarapan pagi on last weekend. Tengok stok apa yg ada..akhirnya..decide goreng nasi ja..memandangkan ada stok bilis, kangkung fresh dari laman dan fresh cili padi jiran bagi..

Wednesday, March 2, 2011

Pulut Inti & Kuih koleh Kacang




Emm bila dah start ada extra inti, buat Pulut Inti., kukus pulut pastu masukkan santan yg dah letak garam sikit..jadila pulut bersama inti yg dah sedia ada...Bila dah ada extra serbuk kacang hijau pulak..teringatla pulak nak buat kuih koleh kacang..yg selama ni dok beli ja bila teringin..Kali ni..terasa nak buat sendiri..so seawal kul 4.30 pagi..(selalunya weekdays..bangun kul 5.30 pagi..siapkan Nana dan Yen nak gi sekolah, gedebuk gedebak..kul 6.30 pagi keluar rumah.) tu la kalu nak buat kuih/bekal / sarapan pagi..kena la bangun kul 4.30 pagi.
Amik resepi dari internet, godek godek skit..tambah apa yg patut..alhamdulillah jadi...bawa gi Ofis..kengkawan pun happy dapat rasa kuih kita.Ok resepi asal kuih koleh kacang ni diambil dari http://www.myresipi.com cuma ubah sikit sebab kita guna original kacang hijau yg diblend..bukan tepung kacang hijau yg dibeli. Dan kita tambah 2 sudu besar tepung beras dan 2 sudu besar tepung gandum.

Kuih Abuk-abuk / Tepung Gomak



Yihaa..kali ni nak share pic kuih abuk-abuk ni yg memang favourite kita dari dulu sampai la ni..selalunya makan yg mak kita buat..tapi kali ni hasil tangan sendiri..dari goreng kacang hijau , blend pastu buat inti..sampaila gentel tepung untuk kulit luar, rebus ..dan seterusnya.Bila dah siap..bawa gi ofis untuk jamu kengkawan.

Tuesday, March 1, 2011

Jelly with fruit cocktail



Ni jelly yg dibuat bersama Nana & Amirrul. Aktiviti keluarga di dapur on weekend.

Saturday, February 19, 2011

Minggu 'Pisang" sedunia






Pokok pisang kat rumah dah berbuah jadi..apa yg boleh dibuat dgn pisang nih..
1. Kerepek, 2. Cekodok pisang 3. Lepat Pisang 4. Goreng pisang 5.Kek Pisang.

Monday, November 29, 2010

Birthday Cake- Nadzeef & Amirrul on 29/10/2010



Kek ini sempena birthday Nadzeef dan Amirrul tapi memandangkan si kecik yg 3 org lagi tak akan dok diam kalu gambar depa tak ada...hehe maka jadilah kek yg meriah.

Monday, October 11, 2010

Birthday Cake Dora-Untuk Nana




yiha..kali ni..bukan order dari sesapa..kek untuk anakku fatin Adana aka Nana..
Dia memang teruja dgn Dora..the explorer..jadi..Doralah jadik pilihan si manja.Majlis harijadi..dibuat masa bulan ramadhan..majlis berbuka aka birthday Nana yg ke 5.(31 Ogos 2010) anak merdeka.

Tuesday, October 13, 2009

Heart Shaped Sugar Cookies


Heart Shaped Sugar Cookies for my chuktomema sebagai tanda kasih sayangku :-)

Lopez de squera


Kuih mini "Lopez de squera" ..one of my fav.

Friday, September 4, 2009

Roti Jala Warna Warni


Salah satu hidangan yang menjadi pilihan :-) di "gu"kan dengan kuah lempuk/ durian atau kari ayam/daging.