Friday, November 30, 2012

Marble Cheese-upin& Ipin-tempahan oleh Fara genit




Ni entry utk tempahan hari ni. Fara si genit order utk anaknya Lysa..kata Fara, Lysa suka Upin & Ipin..so Upin & Ipin la foto utk bday kek dia. Marble cheese ni di hias dgn cream cheese di luar. So cheesy. Tq Fara.

Kek sempena perjumpaan keluarga Yassin Abu Bakar

Yihaaa... kali ni nak tayang kek yg kita buat dan sponsor sempena perjumpaan keluarga Yassin Abu Bakar, arwah TokWan kita. 17.11.2012, lebih 200 org sedara mara  berkumpul di dewan Jugra , Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Sepupuku, Kak Mahani Mahdzir..org yg menjadi tunggak bagi menjayakan perjumpaan keluarga buat pertama kali. Kek kita dijadikan kek resmi dipotong bersama oleh 4 org anak Yassin , abah kesayanganku, Hj Ahmad B Yassin, mak menakan, Chik Yang aka Hjh Azizah Bt Yassin, Pak Su Hj Haidar B Yassin, dan Mak Ngah Sham, Hjh Shamsiah Bt Yassin.





Kek warna 3 lapis 3 kilo ni alhamdulillah disukai ramai..dan ramai jugak yg tak sempat merasa pada hari tu...hmm ada permintaan utk buat lagik..tapi tunggu,...:-)

Marble Cheese utk Bday Mak/Tok Aziah



Kak jugak nak kita buatkan marble cheese with image utk bday Mak/Tok Aziah, mak mertua kak. Tq.

Cupcakes - tempahan oleh kakak sempena wedding Nadiaibawa ke kampung


Kali ni kak order cupcakes sebagai hadiah utk wedding Nadia, anak buah Abg Mie. 200 pcs cuppies semuanya. Thanks kak.

Marble cheese- tempahan oleh Atira



First time Atira order dari kita..dia nak hadiahkan kek utk abah di kampung. Kita mohon maaf kat dia sebab combination color agak gelap. Apapun tq Atira for your order.

Marble Cheese - tempahan oleh Wawa dan Ana




Dah 2 kali Wawa dari CSB order marble cheese kita. Tq Wawa. Ana pun order beberapa kali gak. Tq Ana.

Chocolate Cake - utk si dia



Kek kali ni diminta oleh Amzar utk si dia..Shyda namanya (gf) sempena bday. Kek coklat yg agak rich..beserta strawberry..yum yum.

Marble Cheese- Spiderman



Sorry sebab lama tak update  blog...bz degilerss..k. Marble cheese kali ni ditempah oleh kakak S yg keja kat CVL. Dia order ni utk anak buahnya yg suka ngn 'spiderman'. Tq kak S atas tempahan ni.

Saturday, September 29, 2012

Pear 'Upside Down Cake"



Bday Hsin Wei on 27/9, Ana on 28/9..tetiba ja rasa nak buatkan diaorang kek..so fikir punya fikir..dan tengok apa yg ada kat dapur..lahirlah Pear 'Upside Down Cake. ..atau nama melayunya..kek pir terbalik. Selalunya org buat Pineapple Upside Down Cake..tapi kita buat guna buah pear..memandangkan itu ja buah yg ada kat fridge masa tu. Walaupun kek ni tak secantik kek lain tapi rasanya ok. Sepatutnya makan dgn fresh cream atau custard..tapi kita tukar makan dgn Mango yogurt..masam sikit tapi bila blend dgn kek ..rasa balance.

Cream Puff with custard / choc eclairs





Last Thursday, Amirrul / Yen ada canteen day kat sekolah..students kena bawa makanan utk dijual..Lepas fikir2 , decide nak buatkan dia cream puff with custard. Dia pun rajin kat dapur...so ajar step by step..kejap ja dah bole buat sendiri. Next day tu nak lagi..nak bawa gi Melaka pulak..so sama-sama buat. Mama pun bawa some gi ofis utk bagi kengkawan rasa.

Pancake with Custard cream and Strawberry Jam.


Dah lama tak buat pancake for breakfast. Hari tu Nana pun dok sebut sebut nak pancake..kita pun jadi teringin nak buat. Ni la hasilnya. Sat ja abis.

Monday, September 24, 2012

Bday Ammar Izzati





23 sept 2012 bday abby (ammar izzati) yg ke 18. Tapi anak dara ni dok kat kampus ja (UPM) tak balik for weekend..so petang semalam..sempatla buatkan dia kek coklat dan hiaskan dgn strawberry, custard dan badam.. Buat makaroni bakar sikit dan hantar kat dia. Alhamdulillah nampak happy ja.

Bday Abyana Najla Aimi






Kak minta kita buatkan marble cheese lagi ..kali ni utk Najla.. Nakkan foto sekali dgn Hello Kitty. Last saturday, 22 sept 2012..kak buat makan makan sikit sempena bday Najla. Thanks Kak.

Thursday, September 20, 2012

Bday Merdeka Girl -Fatin Adana

Bila buat kek utk tempahan ..laju ja amik foto..bila buat utk family sendiri..lupa laks nak amik foto..sebab bz dgn masak-memasak yg lain..sorry Nana..mama tak sempat amik foto ..cuma ehsan dari ibu (makngah) ja..
apa pun.mama happy buat kek utk anak mama ni..dan anak mama pun happy dgn kek dia.

Wednesday, August 8, 2012

Birthday Cake Boboiboy utk Naqeeb Aimi





Kak minta kita buatkan kek marble cheese seperti biasa utk Naqeeb Aimi punya birthday. Dah 7 tahun anak buah Ma Nis ni. Foto dia sorang takdak..jadi..foto ramai2 la jawabnya. :-)

Birthday cake for Dania.





Kek ni adik Fara yg order...birthday Dania yg comel dan suka dgn Elmo. Mula tu dah try suruh Fara recommend adiknya order kat kengkawan lain yg lebih professional dan canggih manggih...tapi dia nak gak order kat kita..so cuba gakla buat yg terbaik. Harap sgt adik Fara, Diyana Mustaza suka dgn hasil tangan kak anis ni. TQ Diyana and Fara for the order.