Saturday, September 29, 2012

Pear 'Upside Down Cake"



Bday Hsin Wei on 27/9, Ana on 28/9..tetiba ja rasa nak buatkan diaorang kek..so fikir punya fikir..dan tengok apa yg ada kat dapur..lahirlah Pear 'Upside Down Cake. ..atau nama melayunya..kek pir terbalik. Selalunya org buat Pineapple Upside Down Cake..tapi kita buat guna buah pear..memandangkan itu ja buah yg ada kat fridge masa tu. Walaupun kek ni tak secantik kek lain tapi rasanya ok. Sepatutnya makan dgn fresh cream atau custard..tapi kita tukar makan dgn Mango yogurt..masam sikit tapi bila blend dgn kek ..rasa balance.

Cream Puff with custard / choc eclairs





Last Thursday, Amirrul / Yen ada canteen day kat sekolah..students kena bawa makanan utk dijual..Lepas fikir2 , decide nak buatkan dia cream puff with custard. Dia pun rajin kat dapur...so ajar step by step..kejap ja dah bole buat sendiri. Next day tu nak lagi..nak bawa gi Melaka pulak..so sama-sama buat. Mama pun bawa some gi ofis utk bagi kengkawan rasa.

Pancake with Custard cream and Strawberry Jam.


Dah lama tak buat pancake for breakfast. Hari tu Nana pun dok sebut sebut nak pancake..kita pun jadi teringin nak buat. Ni la hasilnya. Sat ja abis.

Monday, September 24, 2012

Bday Ammar Izzati





23 sept 2012 bday abby (ammar izzati) yg ke 18. Tapi anak dara ni dok kat kampus ja (UPM) tak balik for weekend..so petang semalam..sempatla buatkan dia kek coklat dan hiaskan dgn strawberry, custard dan badam.. Buat makaroni bakar sikit dan hantar kat dia. Alhamdulillah nampak happy ja.

Bday Abyana Najla Aimi






Kak minta kita buatkan marble cheese lagi ..kali ni utk Najla.. Nakkan foto sekali dgn Hello Kitty. Last saturday, 22 sept 2012..kak buat makan makan sikit sempena bday Najla. Thanks Kak.

Thursday, September 20, 2012

Bday Merdeka Girl -Fatin Adana

Bila buat kek utk tempahan ..laju ja amik foto..bila buat utk family sendiri..lupa laks nak amik foto..sebab bz dgn masak-memasak yg lain..sorry Nana..mama tak sempat amik foto ..cuma ehsan dari ibu (makngah) ja..
apa pun.mama happy buat kek utk anak mama ni..dan anak mama pun happy dgn kek dia.