Monday, March 14, 2011

Ayam goreng berempah, Udang masak lada hitam dan Air Asam Tomato



Menu ni untuk lunch on last weekend..ayam tu kita marinate dgn serbuk kunyit, garam, serbuk kari , tepung dan biji ketumbar yg ditumbuk kasar. Pastu goreng sampai garing. Udang pulak dimasak bersama bawang besar, serbuk lada hitam, kicap dan sedikit tepung untuk memekatkan kuah. Air asam tomato pulak kita start dgn tumbuk cili merah, cili padi bersama sedikit belacan, masuk sedikit garam, gula dan perahan asam limau, pastu hiris bawang besar dan cili. Tiga serangkai ni dimakan pula bersama nasi minyak simple gitu. Untuk nasinya pula kita tumis bawang putih dan merah yg dimayang halus dengan sedikit butter dan minyak. kalau ada ghee lagi sedap. Pastu masuk susu cair/pekat ikut rasa. Campur air dan garam. Campur dalam beras yg telah dibersihkan. Masak la seperti biasa. Akhirnya..jamu selera bersama family tersayang.:-)

Nasi Goreng Kampung



Nasi Goreng Kampung ni untuk sarapan pagi on last weekend. Tengok stok apa yg ada..akhirnya..decide goreng nasi ja..memandangkan ada stok bilis, kangkung fresh dari laman dan fresh cili padi jiran bagi..

Wednesday, March 2, 2011

Pulut Inti & Kuih koleh Kacang




Emm bila dah start ada extra inti, buat Pulut Inti., kukus pulut pastu masukkan santan yg dah letak garam sikit..jadila pulut bersama inti yg dah sedia ada...Bila dah ada extra serbuk kacang hijau pulak..teringatla pulak nak buat kuih koleh kacang..yg selama ni dok beli ja bila teringin..Kali ni..terasa nak buat sendiri..so seawal kul 4.30 pagi..(selalunya weekdays..bangun kul 5.30 pagi..siapkan Nana dan Yen nak gi sekolah, gedebuk gedebak..kul 6.30 pagi keluar rumah.) tu la kalu nak buat kuih/bekal / sarapan pagi..kena la bangun kul 4.30 pagi.
Amik resepi dari internet, godek godek skit..tambah apa yg patut..alhamdulillah jadi...bawa gi Ofis..kengkawan pun happy dapat rasa kuih kita.Ok resepi asal kuih koleh kacang ni diambil dari http://www.myresipi.com cuma ubah sikit sebab kita guna original kacang hijau yg diblend..bukan tepung kacang hijau yg dibeli. Dan kita tambah 2 sudu besar tepung beras dan 2 sudu besar tepung gandum.

Kuih Abuk-abuk / Tepung Gomak



Yihaa..kali ni nak share pic kuih abuk-abuk ni yg memang favourite kita dari dulu sampai la ni..selalunya makan yg mak kita buat..tapi kali ni hasil tangan sendiri..dari goreng kacang hijau , blend pastu buat inti..sampaila gentel tepung untuk kulit luar, rebus ..dan seterusnya.Bila dah siap..bawa gi ofis untuk jamu kengkawan.

Tuesday, March 1, 2011

Spaghetti with Tuna & Baked Chicken Wings..




Menu ala western for lunch..on weekend. Amirrul cakap takyah pi pizza hut untuk makan chicken wings ni sebab mama dah pandai masak benda alah ni. :-)

Jelly with fruit cocktail



Ni jelly yg dibuat bersama Nana & Amirrul. Aktiviti keluarga di dapur on weekend.